Saturday, September 25, 2010

PRAKATA

Bahasa Melayu hari ini telah berkembang begitu pesat dan mendadak sehinga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu menghadapi kesulitan untuk megikuti perkembangan tersebut. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila mereka sukar memperoleh sebuah buku tatabahasa pegangan yang dapat dijadikan pedoman umum. Kini sebuah buku tatabahasa yang dikarang khusus dengan tujuan memenuhi permintaan para pengguna bahasa Melayu telah siap. Projek ini merupakan satu perojek positif yang dilancarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam konteks penbinaan dan pengembangan bahasa Melayu.
  
    Penerbitan buku Tatabahasa Dewan ini sangat dialu-alukan oleh sebab ini merupakan satu usaha pengekodan bahasa yang amat penting sebagai ciri utama dalam proses pembinaan suatu bahasa standard (baku). Bahasa Melayu yang telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia sejak 30 tahun yang lalu telah mengalami perkembangan yang amat pesat, dan kini telah sampai masanya dipertingkatkan sebagai bahasa standard dalam erti yang sebenarnya. Dengan ini diharapkan bahawa buku ini akan dapat dijadikan buku rujukan dalam bidang tatabahasa bahasa Melayu bukan sahaja oleh para pelaja sekolah menengah, penuntut di pusat pengajian tinggi, guru, pensyarah, dan penulis buku, malah oleh orang perseorangan yang berminat untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terimah kasih kepada kumpulan penulis buku ini yang dilantik khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu terdiri daripada Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji  Musa, dan Abdul Hamid Mahmood kerana  sumbangan kepakaran dan masa mereka yang amat berharga itu.



Mei1986                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
                                                 

No comments:

Post a Comment