Wednesday, October 13, 2010

LAPORAN TAHUNAN

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah   Menengah Kebangsaan Sultan Yussof Jasin, Melaka

           Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussof ditubuhkan 10 tahun yang lalu dengan tujuan utamanya untuk mengalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti anjuran persatuan. Bermula dengan jumlah ahli 20 orang sahaja, persatuan ini kini diangotai oleh 100 orang ahli dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Persatuan ini sering disebut-sebut sebagai persatuan yang mantap organisasinya dan antara yang paling aktif di sekolah ini. 

         Perlantikan jawatankuasa Persatuan Bahasa Malaysia pada tahun ini telah dijalankan dalam mesyuarat agung pada 10 Januari 2000. Senarai jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti yang berikut :
                       Pengerusi               : Mohd. Azhaf Razif Abd. Latiff
                       Naib Pengerusi      : Siti Hamidah Mustapha
                       Setiausaha             : Jalilah Muhammad Jaafar
                       Bendahari              : Tan Joo Ee
                       Ahli Jawatankuasa : Nawawi Nasir
                                                    : Krishnan a/l Kandasamy
                                                    : Loo Hoey Sheen
                                                    : Nur Liyana Mohd. Shafiee
                      Guru Penasihat       : Puan Hajah Rashidah Samad
                                                   : Encik Hatta Mohamad
         Mesyuarat agung tersebut telah membincangkan beberapa perkara yang berbangkit. Antaranya yuran keahlian dan aktiviti untuk ahli-ahli Tingkatan Peralihan. Pekara-pekara ini tel dibincangkan lanjut dalam mesyuarat jawatan kuasa.
         Sepanjang penggal pertama, Persatuan Bahasa Melayu telah menjalankan beberapa aktiviti. Antaranya ialah:

(a) Kuiz Bahasa Malaysia yang disertai ahli-ahli Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 pada 25 Mac 2000.  Soalan-soalan yang dikemukakan berkisar pada aspek-aspek morfologi, sintaksis, gaya bahasa, puisi, dan perkembangan terkini bahasa Malaysia. Kuiz ini dimenangi oleh kumpulan Dahliah, tempat kedua di sandang oleh kumpulan Teratai, dan ketiga kumpulan Mawar.

(b) Pertandingan pidato yang dibuka kepada semua pelajar sekolah. Pertandingan ini diadakan semperna Minggu Menjaga Kesihatan Melalui Pemakanan Seimbang pada 10 hingga 16 April 2000. Johan dimenangi oleh Nawawi Nasir, naib johan Oleh Sarifa Adiba , Amran,  dan Siti Nurul Huda di tempat ketig, saudara Nawawi telah mewakili sekolah dalam pertandingan pidato zon jasin dan mendapat tempat ketiga.

(c) Bengkel lakonan selama 2 hari pada 5 dan 6 Mei 2000. Dua  orang  penggiat tentera, Mohd. Fadil Ali dan Ahmad Johari Sihes dari Persatuan Budaya Melaka telah diundang sebagai pencerama dan fasilitator bangkel. Bengkel ini ditaja oleh bank Simpanan Nasional. Sambutan daripada ahli-ahli sungguh menggalakkan dan rata-ratanya telah dimintak agar bengkel seumpama ini diteruskan pada tahun hadapan. Bengkel itu telah mengatakan bahawa perasaan ragu-ragu mereka pada awalnya telah terkikis sama sekali dan menurut mereka kemahiran pembelajaran koperatif sewajarnya disalurkan kepada semua pelajar sekolah ini.

               Segala titik peluh dan komitmen yang tinggi daripada para guru dan pelajar telah meyakinkan pihak sekolah untuk meneruskan projek perintis ini. Pada tahun hadapan pihak sekolah bercadang untuk mengadakan jogaton untuk Tabung Infrastruktur Pelbagai Media. Pihak sekolah berhajat untuk melengkapkan sebuah makmal komputer baru untuk penggunaan pelajar yang sudah tidak tertampung oleh makmal komputer yang sedia ada. Pihak sekolah telah memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk memenuhi tabung tersebut. Selain jogaton, pembinaan modual pembelajaran akan diteruskan dan dikembangkan pada semua mata pelajaran lain. Kita percaya akan kemudahan yang serba lengkap nanti, sekola ini akan dinaikan taraf menjadi sekolah bestari tidak lama lagi.


Laporan disediakan oleh,

(Nafisah Binti Zanal)
Setiausaha,
Projek Perintis Sekolah Bestari,
Sekolah Menengah Bukit Indah,
Ampang Selangor.