Sunday, August 29, 2010

Jenis-jenis Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan berasaskan konsep
  Rancangann perniagaan  berasaskan konsep atau juga dikenali sebagai Ringkasan Esekutif lebih bertujuan untuk mendokumenkan idea perniagaan ke atas kertas untuk pertama kali. Panjang jenis rancangan  perniagaan ini  biasanya ditulis antara satu hingga dua mukasurat sahaja dan mengandungi maklumat ringkas tentang perniagaan, peluang-peluang pasaran, jangka masa dah keperluan kewangan seta unjuran kewangan berkaitan dengan perniagaan.


Rancangan perniagaan untuk perkhidmatan pinjaman bank
  Bentuk perniagaan yang diusahakan adalah perniagaan tunggal dan menjual hanya satu prodak sahaja.
Komponan rancangan perniagaan ini diubahsuai menjadi lebih ringkas dan sasaran utama adalah mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai modal awal perniagaan.


Rancangan perniagaan runcit
  Maklumat-maklumat di dalam komponennya seperti ringkasan eksekutif, analisis pasaran dan rancangan pasaran serta rancangan kewangan perlu disediakan dengan lebih padat dan terperinci.


Rancangan perniagaan internet
  Rancangan perniagaan internet disediakan bagi perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan laman web.  Komponan-komponan di dalam rancangan perniagaan  internet lebih ringkas dan sedisediakan mengikut keperluan pihak yang memerlukan.


Rancangan perniagaan pemodal teroka
  Rancangan perniagaan ini disediakan untuk pembentangan idea-idea perniagaan dan rancangan kewangan bagi mendapatkan sumber kewangan melalui pelaburan pemodal teroka. Komponan-komponan rancangan perniagaan perlu ringkas tetapi padat dan realistik. Dokumen perlu disusun dengan baik, terperinci dan perlu dibentangkan dengan menarik. Ini kerana pemodal teroka sentiasa sibuk dan  mempunyai masa terhad untuk membaca rangangan perniagaan tersebut.