Saturday, September 25, 2010

KATA ALU-ALUAN

Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Peningkatan kualiti
pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubah suai supaya guru dikemaskinikan dengan ketrampilan baru, pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Pengubahsuaian kurikulummenuntut para pendidik guru membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap teknologi dan yakin menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.
 

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah akan diperkenalkan mulai 3Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak, kepentingan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikuium latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru  membentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa, mewujudkan suasana keseronokan untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru yang mengikuti program lebihan ini berketrampilan dalam penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
 

Dengan kurikulurm ini, kami di Bahagian Pendidikan Guru percaya mutu pendidikan guru dapat dipertingkatkan bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini dan akan datang. Harapan kami ialah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang  berkualiti supaya segala kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dapat dicurahkan dengan sebaik-baiknya kepada pelanggan.

DATO' ABU BAKAR BIN BACHIK
Pengarah Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Oktober 2002

No comments:

Post a Comment