Saturday, September 25, 2010

Kebaikan Mengembangkan Perniagaan ke Peringkat Antarabangsa

   Pasaran antarabangsa merupakan pasaran yang terbesar untuk usahawan mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.
   Untuk sesetengah produk yang sudah mencapai akhir kitaran hayatnya di pasaran tempatan, seseorang usahawan masih boleh melanjutkan usia kitaran hayat produk tersebut dengan memperkenalkan produk itu di pasaran antarabangsa. Ini dapat dilaksanakan dengan melanjutkan kitaran hayat produk.
   Usahawan dapat menambahkan jualan dan keuntungan mereka melalui aktiviti di pasaran antarabangsa. Dengan adanya pasaran tempatan dan pasaran luar negara, maka usahawan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan yang lebih lumayan.
   Seseorang usahawan dapat mengurangkan kos pengeluaran seunit jika ia dapat membekalkan produknya ke pasaran antarabangsa. Justeru dengan adanya permintaan dari pasaran antarabangsa, ini akan memerlukan peningkatan dalam kadar pengeluaran produk. Ini seterusnya akan dapat mengurangkan kos purata pengeluaran bagi seunit produk berkenaan.
   Satu kebaikan perniagaan secara antarabangsa ialah mengurangkan pergantungan seseorang usahawan keatas pasaran tempatan sahaja. Jika perniagaan di pasaran tempatan tidak begitu baik, usahawan dapat menampung kerugian ini dengan jualan perniagaan di pasaran luar negara.
    Untuk memasuki pasaran antarabangsa seperti negara Jepun, Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah (EUROPEAN UNION), seseorang usahawan perlu memastikan bahawa tahap kualiti produknya mematuhi syarat ketat yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment