Sunday, August 29, 2010

Jenis-jenis Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan berasaskan konsep
  Rancangann perniagaan  berasaskan konsep atau juga dikenali sebagai Ringkasan Esekutif lebih bertujuan untuk mendokumenkan idea perniagaan ke atas kertas untuk pertama kali. Panjang jenis rancangan  perniagaan ini  biasanya ditulis antara satu hingga dua mukasurat sahaja dan mengandungi maklumat ringkas tentang perniagaan, peluang-peluang pasaran, jangka masa dah keperluan kewangan seta unjuran kewangan berkaitan dengan perniagaan.


Rancangan perniagaan untuk perkhidmatan pinjaman bank
  Bentuk perniagaan yang diusahakan adalah perniagaan tunggal dan menjual hanya satu prodak sahaja.
Komponan rancangan perniagaan ini diubahsuai menjadi lebih ringkas dan sasaran utama adalah mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai modal awal perniagaan.


Rancangan perniagaan runcit
  Maklumat-maklumat di dalam komponennya seperti ringkasan eksekutif, analisis pasaran dan rancangan pasaran serta rancangan kewangan perlu disediakan dengan lebih padat dan terperinci.


Rancangan perniagaan internet
  Rancangan perniagaan internet disediakan bagi perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan laman web.  Komponan-komponan di dalam rancangan perniagaan  internet lebih ringkas dan sedisediakan mengikut keperluan pihak yang memerlukan.


Rancangan perniagaan pemodal teroka
  Rancangan perniagaan ini disediakan untuk pembentangan idea-idea perniagaan dan rancangan kewangan bagi mendapatkan sumber kewangan melalui pelaburan pemodal teroka. Komponan-komponan rancangan perniagaan perlu ringkas tetapi padat dan realistik. Dokumen perlu disusun dengan baik, terperinci dan perlu dibentangkan dengan menarik. Ini kerana pemodal teroka sentiasa sibuk dan  mempunyai masa terhad untuk membaca rangangan perniagaan tersebut.

1 comment:

  1. MEMOHON PINJAMAN ANDA

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Michellen Haward Firma Pinjaman adalah jawapan untuk menawarkan apa-apa jenis pinjaman kepada orang ramai atau sesiapa dalam nees bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah pada individu, firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah. hubungi kami hari ini melalui e-mel pada michellenhawardloans@gmail.com

    Nota: Semua pemohon shouldnt berada di atas 18 tahun

    ReplyDelete