Sunday, September 19, 2010

Rancangan kewangan

  Rancangan kewangan perlu disediakan dengan baik untuk memudahkan usahawan mengenal pasti sumber kewangan dan modal yang mencukupi untuk melaksanakan perniagaan.
  1. Penyata Aliran Tunai atau Penyata Aliran Kewangan
Penyata aliran tunai juga hendaklah berkeupayaan menunjukkan bila wang tunai diperlukan dan  bilaka   pembayaran balik pinjaman boleh dilakukan.

   2. Penyata Untung Rugi 
Penyata untung rugi merangkumi jumlah pendapatan, perbelanjaan dan lebihan atau kurangan bagi satu tempoh tertentu projek atau perniagaan yang dirancangkan.

   3. Kunci Kira-Kira
Kunci kira-kira perlu merangkumi jumlah aset tetap, jumlah aset semasa, jumlah tanggungan semasa, jumlah hutang atau pinjaman dan jmlah tanggungan ekuiti.

Lampiran

    Andaian-andaian yang terkandung dalam rancangan perniagaan mesti didokumenkan dan diterangkan. Andaian yang kukuh perlu termasuk dalam bahagian akhir rancangan perniagaan, iaitu lampiran. Lampiran termasuk sebarang makluman untuk menambahkan rujukan yang penting dalam rancangan perniagaan. Kebiasaan, maklumat lampiran termasuk data selidik, matlamat kewangan tambahan, gambarajah dan testimonial persendirian.

Wednesday, September 15, 2010

Maklumat Kewangan

Bahagian kewangan dalam rancangan perniagaan dimulakan dengan menggambarkan secara ringkas ulasan keseluruhan rancangan perniagaan dalam bentuk angka.Ianya dapat membantu pembaca untuk menilai daya maju sesuatu projek atau perniagaan yang dirancangkan, memperkenalkan orang-orang utama terlibat dalam jualan, perbelanjaan, pendapata kasar, jumlah perkembangan dalam aset dan nilai kasar. Gambaran-gambaran ini dinyatakan dengan jelas dalam bentuk satu set penyata kewangan khasnya penyata untung dan rugi, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Kebiasaan proforma penyata kewangan selama tiga tahun disediakan. Bagi penyata aliran tunai pula penyediaannya yang dipraktikkan ialah untuk tahun pertama ianya hendaklah berasaskan bulanan.

Wednesday, September 8, 2010

Bahagian Perniagaan

Bahagian ini menerangkan secara terperinci tentang bagaimana sesuatu perniagaan itu akan beroperasi.
  
   Terdapat beberapa komponan dalam bahagian perniagaan iaitu industri, syarikat, produk, analisis pasaran, rancangan pemasaran, pengeluaran/operasi dan rancangan pengurusan.

   Industri memberi gambaran tentang keseluruhan industri yang diceburi. Ia mengambarkan sama ada jumlah pasaran produk yang ditawarkan itu besar, cepat berkembang  atau ianya merupakan satu struktur industri yang menarik.

  Syarikat menerangkan sejarah perkembangan syarikat dengan jelas tentang status silam dan kini tujuan organisasi, visi, misi dan hala syarikat serta bagaimana ia akan mengecapinya.

  Produk ialah bahagian yang menerangkan dengan jelas apa yang dijual oleh perniagaan atau usahawan. Bahagian ini juga bukan sahaja membolehkan pembaca memahami tentang produk tersebut, tetapi juga dengan jelas  menerangkan mengapa produk ini akan berjaya di pasaran.

  Analisis pasaran memperluaskan lagi butir-butir yang telah disebut dalam bahagian industri.

  Rancangan pemasaran menerangkan dengan teliti bagaimana rancangan perniagaan boleh menarik, mendidik serta mengekalkan pelanggan. Ia menggambarkan bagaimana jualan produk dibuat dan bagaimana usahawan boleh mencapai sasaran syer pasaran.

  Pengeluaran operasi pula menerangkan dengan teliti bagaimana produk yang dikeluarkan disediakan dan sumber-sumber yang diperlukan untuk menyempurnakan pemprosesan.

  Rancangan pengerusan perlu mengenal pasti siapakah kakitangan utama, kedudukan-kedudukan dan tanggungjawab. Rantaian perinta dan autoriti serta bagaimana kakitangan berinteraksi untuk mencapai matlamat dan kejayaan perniagaan.

Sunday, September 5, 2010

Komponen Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan mengandungi empat bahagian yang utama iaitu bahagian pengenalan, bahagian perniagaan, penyata kewangan dan lampiran.

1.Bahagian pengenalan
  Bahagian pengenalan meliputi tajuk muka utama, kandungan dan ringkasan eksekutif. Elemen-elemen ini memberikan pembaca-pembaca maklumat-maklumat yang penting  tentang syarikat serta dimana data relevan terkandung dalam rancangan perniagaan. Muka utama adalah untuk memaklumkan kepada pembaca apa yang mereka akan baca dan membekalkan maklumat berhubung perniagaan. Menyenaraikan nama orang yang menyerahkan rancangan perniagaan, nama perniagaan, logo syarikat, alamat, nombor telefon, faks dan alamat e-mel perniagaan.

   Kandungaan mistilah lengkap tetapi ringkas di mana ringkasan dokumen memaklumkan pembaca tentang rangangan organisasi lalu membantu menjejaki beberapa bahagian spesifik rancangan ini. Setiap muka surat mestila dinomborkan begitu juga pada bahagian atau seksyen utama dan sub-seksyen yang penting. Ringkasan eksekutif meliputi satu atau dua muka surat dan mesti dianggap sebagai dokumen penting yang berasingan.  







Saturday, September 4, 2010

Mengapakah Rancangan Perniagaan Sangat Penting?

  Rancangan perniagaan menyediakan peluang untuk mendokumentasikan idea-idea perniagaan yang dijana di samping untuk mengenal pasti masalah - masalah yang berpotensi serta mencari penyelesaian tanpa mengalami kesan - kesan sejagat yang sebenar. Ia juga menghubungkan rangkaian matlamat seleruh organisasi dan membantu perniagaan tetapkan fokus terhadap objektif - objektifnya. Selepas melaksanakan strategi - strategi yang dicadangkan, usahawan ataupun pengurus akan menggunakan rancangan tersebut sebagai tanda aras untuk mengesan kedua - dua pencapaian matlamat dan masalah yang memerlukan pembaikan. Walau bagaimanapun, rancangan perniagaan tidak sepatutnya dihadkan sebagai alat permulaan untuk sesuatu perniagaan, malahan digunakan terus sebagai dokumen tugasan untuk menilai semula kemajuan dan matlamat perniagaan untuk masa hadapan. Rancangan perniagaan juga amat penting jika seorang usahawan atau pemilik perniagaan sedia ada berusaha mencari sumber kewangan atau pelabur luar. Pembiaya atau pelabur mencari maklumat tertentu dan yang spesifik tentang syarikat dan menganalisis secara mendalam peluang perniagaan.

Sunday, August 29, 2010

Jenis-jenis Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan berasaskan konsep
  Rancangann perniagaan  berasaskan konsep atau juga dikenali sebagai Ringkasan Esekutif lebih bertujuan untuk mendokumenkan idea perniagaan ke atas kertas untuk pertama kali. Panjang jenis rancangan  perniagaan ini  biasanya ditulis antara satu hingga dua mukasurat sahaja dan mengandungi maklumat ringkas tentang perniagaan, peluang-peluang pasaran, jangka masa dah keperluan kewangan seta unjuran kewangan berkaitan dengan perniagaan.


Rancangan perniagaan untuk perkhidmatan pinjaman bank
  Bentuk perniagaan yang diusahakan adalah perniagaan tunggal dan menjual hanya satu prodak sahaja.
Komponan rancangan perniagaan ini diubahsuai menjadi lebih ringkas dan sasaran utama adalah mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai modal awal perniagaan.


Rancangan perniagaan runcit
  Maklumat-maklumat di dalam komponennya seperti ringkasan eksekutif, analisis pasaran dan rancangan pasaran serta rancangan kewangan perlu disediakan dengan lebih padat dan terperinci.


Rancangan perniagaan internet
  Rancangan perniagaan internet disediakan bagi perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan laman web.  Komponan-komponan di dalam rancangan perniagaan  internet lebih ringkas dan sedisediakan mengikut keperluan pihak yang memerlukan.


Rancangan perniagaan pemodal teroka
  Rancangan perniagaan ini disediakan untuk pembentangan idea-idea perniagaan dan rancangan kewangan bagi mendapatkan sumber kewangan melalui pelaburan pemodal teroka. Komponan-komponan rancangan perniagaan perlu ringkas tetapi padat dan realistik. Dokumen perlu disusun dengan baik, terperinci dan perlu dibentangkan dengan menarik. Ini kerana pemodal teroka sentiasa sibuk dan  mempunyai masa terhad untuk membaca rangangan perniagaan tersebut.